My Friends

My Friends
L0ve Mazkira

Tuesday, 5 April 2011

Erti seorang kawan


Kawan bermaksud teman.kawan sejati,yang boleh di bawa berbincang,berbicara tentang hati budi diri kita serta dapat membantu di dalam kesulitan contohnya,masalah wang. Sebagai seorang kawan ianya tidak harus menunjukkan sifat-sifat negetif dan sentiasa menunjukkan sifat-sifat yang baik kepada kawan kita,dan melarang teman kita daripada melakukan benda-benda yang tidak baik serta sentiasa menghulurkan bantuan apabila apabila diperlukan.
Sebagai seorang kawan janganlah kita menghina mereka atau menceritakan keburukan merak kepada semua orang.Sekiranya mereka pernah berbuat kesalahan maafkan meeka.Janganlah bersifat dengki kepada kawan kita. Mereka sama seperti kita.Kita mesti lah pandai memilih kawan.Kawan yang baik membawa kebaikan kepada kita , kawan yang jahat membawa kejahatan kepada kita.
Kita mestilah membantu meraka ketika mereka susah ,sekiranya tidak berkemampuan untuk menolong, beritahulah secara jujur serta sebab dan alasan yang munasabah mengapa anda tidak dapat membantu berhubung masalahnya. Dengan itu ianya akan mengerti dan faham dengan penjelasan itu sekaligus dapat membalas kepercayaan dan menganggap ianya tidak silap memilih kita sebagai teman atau kawan baiknya. Seperti “Teman Tapi Mesra”. Ianya sekaligus menjadikan kita sebagai sahabat sejatinya.

Ketahuilah kita hidup di dunia ini,mudah untuk kita mencari kawan ketawa, tetapi semasa kita dalam kesusahan,cukup susah untuk mencari kawan menangis. Dan ingatlah tanpa kawan, hidup ini tidak akan bermakna apa-apa kepada seorang manusia. Janganlah sombong untuk menerima kawan. -shakira

No comments:

Post a Comment